KUALA LUMPUR: Atlet powerlifting negara Jong Yee Khie terlepas pingat emas dengan beza hanya satu kilogram (kg) pada kejohanan Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) malam tadi.
Setelah gagal mengangkat bebanan 220 kg pada percubaan pertama kategori 107 kg ke atas, atlet berusia 31 tahun itu bangkit kembali untuk melakukan angkatan seberat 231 kg bagi meletakkannya pada kedudukan pingat emas.
Pada percubaan terakhir, pendandan rambut dari Batu Kawa, Kuching itu, berjaya melakar catatan peribadi dengan mengangkat bebanan 239 kg, bagaimanapun harapannya untuk meraih emas dileburkan oleh atlet Rusia, Konstantin Matsnev yang melakukan angkatan 240 kg.
Mutaz Al Juneidi dari Jordan mendapat pingat gangsa dengan angkatan seberat 217 kg, dalam acara yang distrimkan secara langsung secara dalam talian.
Bagaimanapun, Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi media sosial, mengesahkan Yee Khie mendapat tempat pada Sukan Paralimpik Tokyo sebagai pemain nombor dua dunia menerusi pingat perak.
Pemegang pingat perak bagi kategori heavyweight pada temasya Sukan Komanwel 2018 itu, kehilangan kaki kanannya setelah terlibat dalam kemalangan perlumbaan motosikal di Kuching, Sarawak pada 2005.
Pada Selasa, seorang lagi atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin memecahkan rekod dunia dengan angkatan seberat 230 kg dalam kategori lelaki 72 kg ke atas, memadamkan rekod 229 kg yang dilakar Roohallah Rostami dari Iran pada Sukan Para Asia Jakarta 2018 di Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
Yee Khie mendapat tempat pada Sukan Paralimpik Tokyo sebagai pemain nombor dua dunia menerusi pingat perak. - Gambar fail
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
Yee Khie idam kejuaraan sulung di Georgia
Atlet powerlifting paralimpik kebangsaan Jong Yee Khie mengimpikan untuk merangkul kejuaraan sulung bagi kategori 107 kilogram (kg) apabila dijadual beraksi pada Kejuaraan Powerlifting Para Dunia 2021
Bonnie, Yee Khie mahu luang masa bersama keluarga selepas lebih setahun tidak berjumpa
Bonnie merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaannya selain jurulatih kebangsaan Jamil Adam.
Paralimpik Tokyo: Yee Khie sumbang pingat kedua buat Malaysia
Atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie, berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107 kilogram (kg), yang juga merupakan pingat kedua negara di Sukan Paralimpik Tokyo, di sini, hari ini.
Mampukah Yee Khie ikut jejak langkah Bonnie?
Atlet angkat berat nombor dua dunia itu pastinya diharap mampu mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Bonnie Bunyau Gustin.
Sukan Paralimpik Tokyo: Yee Khie bebas tekanan tanpa jadi sandaran pingat emas
Yee Khie mengambil positif ketiadaan namanya dalam senarai itu bagi membina kekuatan mentalnya tanpa sebarang tekanan di Tokyo.
Powerlifting: Yee Khie terlepas pingat emas
Setelah gagal mengangkat bebanan 220 kg pada percubaan pertama kategori 107 kg ke atas, atlet itu bangkit kembali melakukan angkatan seberat 231 kg.